Portal mydeclaration.sprm.gov.my. mencatatakan Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Nga Kor Ming dan isterinya kini menduduki tangga pertama pendapatan tertinggi iaitu sebanyak RM101,160.
Pasangan itu mengatasi kedudukan nombor satu oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang mengisytiharkan pendapatan bersama isterinya sebelum ini sebanyak RM86,464.92.
Menurut laman itu, setakat ini, sebanyak 112 ahli Parlimen yang sudah mengisytiharkan pendapatan mereka.
Di tangga ketiga adalah Pengerusi PKR Sabah, Datuk Christina Liew yang juga adalah timbalan ketua menteri dengan jumlah pendapatan RM84,422.50.
Berikut antara ahli Parlimen yang mengisytiharkan pendapatan mereka kepada SPRM.
Berikut antara ahli Parlimen yang mengisytiharkan pendapatan mereka kepada SPRM.
• Baru Bian dan isteri - RM 83,736.48
• Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan isteri - RM 77,629.68
• Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri - RM 75861.57
• Chow Kon Yeow dan isteri - RM 73,576.15
• Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri - RM 72,276.37
• Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan isteri - RM 69186.48
• Teresa Kok - RM68,142.66