Dato Aliff Syukri tabur duit di Moodrepublik. pengunjung bergaduh demi hujan duit.

p3
Tular di media sosial bahawa seorang lelaki dilihat menaburkan duit kepada orang ramai di Moodrepublik pada petang tadi. Semestinya jika dilihat dengan teliti ramai yang mengenali lelaki tersebut . Siapa tidak kenal dengan Jutawan Kosmetik terkenal Malaysia iaitu Dato Aliff Syukri yang sentiasa mencetuskan kontroversi di laman sosial facebook, twitter, instagram dan sebagainya dan beliau kini meraih populariti apabila digelar seorang pelakon dan artis pula.

Namun pada petang tadi viral pula di media sosial bahawa Dato Aliff Syukri telah menabur duit kepada orang ramai di Moodrepublik . Menurut netizen yang hadir di tempat tersebut mereka berebut rebut untuk mendapatkan duit yang ditabur kepada orang ramai tersebut sehingga ramai yang bergaduh dan berpijakkan antara satu sama lain .

Sebelum ini Tengku Mahkota Johor pernah melakukan perkara yang seakan sama namun pemberian secara rawak jelas boleh mendatangkan kesan yang buruk memandangkan banyak barangan di Aeon Mall tersebut hancur dan rosak gara gara sifat tamak manusia yang terlibat.

Kali ini Dato Aliff Syukri mendatangkan kecaman netizen yang menegaskan bahawa perkara tersebut tidak sepatutnya berlaku kerana pengunjung kelihatan bergaduh dan berpijakkan antara satu sama lain semata mata untuk mengutip duit yang ditaburkan kepada mereka . Netizen turut memberitahu bahawa perkara tersebut adalah tidak baik untuk dilakukan kerana ianya boleh menimbulkan riak dan sebagainya. Mungkin ianya cuma perasaan dengki netizen kerana tidak berada disana namun Apa pendapat anda? -Alert TV

UPDATE :
Tu bukan duit Aliff Syukri. Tapi duit penganjur. setelah diterangkan netizen tetap kecam Dato Aliff kerana gelak gelak diatas pentas . kesian Dato Aliff Syukri
 

p7
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==
KODE IKLAN DFP 2