(Video) Tun Mahathir Sahkan Upacara Angkat Sumpah Perdana Menteri Malaysia Petang Ini

p3
10 Mei - Selepas beberapa jam Pengerusi Barisan Nasional membuat sidang media, giliran Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad pula membuat sidang media untuk menjelaskan mengapa sehingga kini Malaysia masih belum melantik Perdana Menteri yang baharu.

Baca : TERKINI! Sumber: Bekas pemimpin Malaysia akan terbang ke Indonesia

Menurut Tun M, Pakatan Harapan telah menang dengan Majoriti Mudah untuk Pilihan Raya Umum ke-14 dan beliau mendakwa berhak untuk membentuk kerajaan dengan menjunjung keluhuran perlembagaan.

Perkara ini menjadi lambat apabila berlaku ketidakfahaman beberapa pihak ke atas perlembagaan negara Malaysia dan sehingga kini Malaysia masih tiada kerajaan yang memerintah.

"Kita perlu tubuhkan kerajaan secepat yang mungkin kerana banyak perkara perlu diselesaikan," tambah Mahathir lagi.

Menurut beliau lagi, status Najib menjadi interim juga sudah berakhir. Pakatan harapan akan menyokong sepenuhnya calon Perdana Menteri mereka dan akan menandatangani satu borang calon Perdana Menteri daripada parti mereka iaitu Tun Mahathir Mohamad.

Maklumat yang diterima juga, semua ahli parlimen Pakatan Harapan dan Parti Warisan Sabah juga telah sebulat suara tandatangan perisytiharan Perdana Menteri Malaysia yang baru.

Menurut Mahathir juga, upacara Angkat Sumpah Perdana Menteri Malaysia akan diadakan hari ini pada jam 5 petang di Istana Negara. Tun M sempat berseloroh acara Angkat Sumpah tidak dibuat pagi ini kerana ramai orang masih mengantuk.


LIVE! SIDANG MEDIA TUN DR MAHATHIR MOHAMAD dan Majlis Presiden PAKATAN HARAPAN
Dikirim oleh Parti Pribumi BERSATU Malaysia pada 9 Mei 2018



Sumper: Parti Peribumi Bersatu Malaysia
p7
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==
KODE IKLAN DFP 2