“Saya Akan Usaha Yang Terbaik Untuk Dia,” Luah Ibu Yang Dah ‘hilang’ 2 Anak Kerana Sakit Yang Sama. Derma RM1 Pun Alhamdulillah Dah, Tak Mampu Tolong VIRALKAN!

p3

JERANTUT: Hati ibu mana yang tidak resah dan risau melihat anaknya yang dahulunya sihat dan cukup sifat kini secara tiba-tiba tangan anaknya membengkak sekali gus membuatkan anaknya ini tidak lagi aktif.
Memetik laporan Harian Metro, Zaliza Murni Hasan Sabury, 32, yang merupakn ibu kepada Muhd Alif Iman Azrul Hisham(13 bulan) hanya mampu terbaring kerana tidak boleh menampung berat tangannya jika duduk atau berjalan.
Menurut beliau, tangan anaknya mula membengkak sebesar syiling 50 sen di bawah ketiak ketika usianya setahun namun lama-kelamaan ia semakin membesar.
“Bimbang dengan keadaannya, saya dan suami, Azrul Hisham Zakri, 42, bawa anak ke klinik swasta di Perak, tapi doktor yang merawat memaklumkan ia hanya kelenjar dan memberi ubat antibiotik namun selepas itu keadaan anak masih sama.
“Saya ambil keputusan bawa anak ke Hospital Teluk Intan, Perak pula, tetapi selama lima hari anak ditahan di hospital, doktor yang merawat masih tidak dapat mengesan penyakitnya walaupun melakukan pelbagai ujian kesihatan termasuk imbasan x-ray dan MRI (ujian imbasan magnetik).
“Malah, bengkak anak semakin membesar selepas doktor memasukkan air ke dalam badannya,” katanya ketika ditemui di rumah keluarganya di FELDA Padang Piol, di sini, semalam.
Menurut beliau lagi, doktor telah mencadangkan anaknya menjalani kimoterapi dan pada masa sama memaklumkan terpaksa memotong tangan Muhd Alif Iman.
“Saya tidak bersetuju kerana pernah ada pengalaman anak kedua saya bengkak di bahu kanan diambil tisu dan menjalani enam kali kimoterapi, tetapi tiada perubahan dan meninggal dunia selepas itu.
“Saya beritahu doktor mahu mencuba kaedah perubatan secara tradisional pula dan Selasa lalu saya bawa anak pulang ke kampung halaman (FELDA Padang Piol),” katanya yang sebelum ini tinggal di Langkap, Perak, bersama suami yang bekerja di kilang kelapa sawit di sana.
Katanya, sebaik pulang ke negeri ini ibu bapanya terus membawa Muhd Aliff Iman bertemu pengamal perubatan tradisional di Kuala Mai selepas ibunya Habsah Malek, 59, memaklumkan orang ramai mencadangkan supaya berubat dengan pengamal perubatan itu.
“Baru dua kali bawa anak berubat di situ nampak ada sedikit perubahan, tangannya yang dulu keras dan membiru sedikit kurang, tetapi saya tidak tahu lagi selama mana keberkesanannya.”
“Saya akan berusaha memberikan yang terbaik buat anak saya kerana tidak mahu kehilangan satu-satunya anak yang ada,” katanya lagi.
Ini kerana sebelum ini dia sudah kehilangan dua orang anak perempuannya pada 2012 dan 2013 justeru tidak mahu ‘kehilangan’ lagi selepas ini.“Namun, saya terkilan dalam keadaan begini masih ada pihak mahu mengambil kesempatan selepas melihat gambar anak dikongsi ibu saudara saya di Facebook. Pihak itu memberitahu sudah membuang ‘hantu’ dalam badan anak lalu meminta saya membayar upah kepadanya, tetapi saya tidak mengendahkannya,” katanya.
Orang ramai yang ingin membantu Zaliza Murni boleh menghubunginya di talian 011-39596782.
(Visited 348 times, 32 visits today)

sumber : kisahrumahtangga
p7
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==
KODE IKLAN DFP 2