Tahniah! Kak Limah bertunang dengan Mr K, bakal bersanding 9 Ogos!

p3
MASIH ingat dengan Kak Limah? Kali terakhir peminat Kak Limah menonton gelagat wanita itu adalah melalui filem Husin, Mon & Jin Pakai Toncit.

Kini, peminat dikejutkan dengan pengumuman Kak Limah yang sudah pun bertunang dengan jejaka pilihan hati yang hanya dikenali sebagai Mr K.

Berita gembira ini baru diumumkan di fanpage Astro Shaw.

KAK LIMAH BUAT SIDANG MEDIA TERGEMPAR!!!

[LIVE NOW!] KAK LIMAH BUAT SIDANG MEDIA TERGEMPAR!!! Apa Kak Limah nak umumkan nih?Nak tau apa ceritanya,tengok lah sampai habis yer😏😏😏 #HantuKakLimah #HKL #CerCiter #HklPerghh @khalidmamat @dalimawati5 @awieofficial @tj_skooloflawak @sharwani.ns @uqashasenrose2 @ropie_sryn @zul_ariffin #AstroShaw @astroshaw @infinitusfilmsmy

Dikirim oleh Astro Shaw Sdn Bhd pada 18 Juni 2018


Wah... kacak sungguh Mr. K ni, bertuah Kak Limah dapat bakal suami yang memahami. Senyumannya pun, manis sungguh!

Menurut Kak Limah lagi dia akan membuat majlis pernikahan secara tertutup sahaja. Ini adalah kerana menghormati permintaan keluarga kedua-kedua belah pihak.

Namun dia tidak menolak untuk membuat majlis resepsi selepas ini, dimana ia khas buat peminat dan kenalan rapat.

Gempak cuba menghubungi  Mr. K untuk ditemubual namun gagal. Menurut sumber terdekat majlis resepsi akan berlangsung pada 9 Ogos nanti.

Apa-apa pun tahniah Gempak ucapkan, semoga majlis berjalan dengan lancar. Jangan lupa jemput kami ya Kak Limah!
 
p7
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==
KODE IKLAN DFP 2