Lebih 12K Perkongsian Di FB, Ini Resipi Kuih Tart Cadbury Mudah Guna 5 Bahan Je

p3

Menjadi salah satu ‘checklist’ yang penting untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri adalah dengan menyediakan kuih raya. Selain daripada kuih-kuih raya yang tradisional seperti tart nenas, kuih makmur dan semperit, kuih raya yang paling mengikut trend pun ada juga. Paling mendapat perhatian adalah kuih raya coklat Cadbury yang ternyata ramai ingin mencubanya. Jadi, dengan adanya resipi ini, anda pun boleh cuba supaya boleh dimakan pada Hari Raya!

Baca :  Guna 2 Bahan Saja, Ini Resepi Biskut Almond Yang Akan Buat Ramai Ketagih! 

CADBURY ROLL TART 4 BAHAN

250g mentega/marjerin (sy guna buttercup)

-1 sudu kecil minyak sapi
-3 1/4 cawan tepung gandum (disangai sehingga ringan dan diayak)
-Coklat Cadbury (saya guna cadbury dairy milk yang dalam telap 100pcs)

-Acuan tart (saya pakai yang plastic)

-Kuning telur (sebagai hiasan topping)



 

1. Campurkan semua bahan-bahan di atas satu persatu mengikut urutan kecuali coklat. Pakai spatula sahaja ye.

2. Lembut-lembut je mixkan hingga menjadi doh yang tak terlalu lembik tak terlalu keras, rehatkan doh dalam chiller 5-10 mnit sebelum diterap.




3. Masukkan doh dalam acuan tart, terapkan ke atas dulang (kalau doh tak pecah or tak melekat di dulang masa gulung tu it’s perfect!!)

4. Ambil sebiji coklat dan gulungkan bersama doh yang dah diterap atas dulang tadi secomel-comelnya.



5. Akhir sekali, sapukan kuning telur di atas tart dan sedia untuk di bakar 160’c api atas bawah, selama 15-20 minit (mengikut oven masing-masing).



Siap!

TIPS : Utk mendapatkn kesan topping kuning telur yang cantik brkilat, campurkan kuning telur dengan pewarna kuning dan juga setitis dua susu cair.
Sumber : Sri Noratika Hassan


p7
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==
KODE IKLAN DFP 2