Amboi Amboi, Najib Razak dan Rosmah sudah boleh di dakwa, bukti sudah mencukupi

p3

Lebih dari sebulan telah berlalunya pilihanraya yang ke 14 Malaysia telahpun berlalu. Keputusan PRU 14 tidak dijangka telahpun berlaku iaitu kemenangan kali ini telahpun berpihak kepada Pakatan Harapan yang baru sahaja diwujudkan untuk menumbangkan party yang telah sekian lama memerintah Malaysia iaitu party Barisan Nasional yang telah lebih 60 tahun memerintah Malaysia tanpa kalah.


Sebelum kemenangan Pakatan Harapan , party tersebut telahpun berjanji untuk menunaikan manifesto utama party tersebut untuk menangkap MO1 iaitu Najib Razak yang dituduh melakukan pelbagai kerosakan dan korupsi di Malaysia. Tuduhan tersebut juga berkait rapat dengan skandal 1MDB yang didalangi oleh Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor yang telah tersebar di seluruh dunia sehingga mencalarkan nama Malaysia di mata dunia sebagai negara yang korup.


Setelah kemenangan Pakatan Harapan. Tun Dr Mahathir Mohamad yang merupakan Perdana Menteri Malaysia telah menjalankan pelbagai siasatan berkenaan dengan kes 1MDB untuk menyiasat dalang punca kes kerugian dan kehilangan rm42 billion termasuklah wang 2.6 billion yang dimasukkan kedalam akaun peribadi Dato Seri Najib Razak.


Setelah lebih sebulan mengumpulkan bukti , akhirnya Tun Mahathir telah mengumumkan bahawa bukti bukti untuk penangkapan Dato Seri Najib Razak akhirnya mencukupi untuk mendakwa bekas perdana menteri tersebut . Meskipun tidak diumumkan tarikh pendakwaan tersebut, akan tetapi ianya akan berlaku dalam masa tersedekat memandangkan semua bukti yang diperlukan sudahpun mencukupi dan diumumkan oleh TV3.



p7
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==
KODE IKLAN DFP 2