amboi amboi, [FOTO] Istana 100 Bilik Sultan Terengganu Bak 'Fairytale' Ini Siap Dibina Selepas 15 Tahun

p3

Bukan setiap hari anda dapat peluang untuk melangkah kaki ke dalam istana dan ia pastinya bukan sesuatu yang telah saya rancang sebelum ini

 Baca : Sekarang Baru Aku Faham Kenapa Orang Dulu-Dulu Suka Bela IKAN PUYU Di Rumah… Rupa-Rupanya Ini Kisah Disebaliknya..!!!

Malaysia mempunyai 9 sultan. Setiap Sultan memiliki istana sendiri.

Istana terbaru, yang terletak di Kuala Terengganu ini dibuka hanya kepada tetamu yang dijemput sahaja dan dengan pertolongan dari Internet - saya dijemput untuk mengalami sendiri pengalaman di dalamnya bagi mencipta sesuatu, dan berkongsi tentang keajaiban istana ini kepada dunia.

Projek ini, yang baru sahaja disiapkan oleh arkitek Bill Bensley, adalah hasil daripada penat lelah, peluh, keringat, dan air mata selama 15 tahun

 Lebih 5,000 lukisan unik yang merangkumi sehingga 9 meter panjang telah dicipta bagi menghasilkan istana epik ini.

Bill menemui saya pada 2014 selepas Adobe memaparkan profil saya di laman web mereka. Walaupun saya lebih kepada seorang jurugambar daripada juruvideo, ada sesuatu tentang hasil kerja saya yang menarik perhatiannya, dan dia meminta saya untuk membantunya dalam mengabadikan ciptaan istana megah ini ke dalam satu video.

Istana ini mempunyai lebih daripada 100 bilik, 14 tan pintu gangsa dan dewan besar lebih tiga tingkat. Sukar untuk gambarkan apa yang ada dalam fikiran anda apabila anda mula-mula menjejakkan kaki ke istana sehebat ini.

First impression pastinya penuh rasa kagum. Sebahagian daripada anda juga mungkin sukar menerima hakikat bahawa anda benar-benar sedang berjalan di dalam istana peribadi Sultan Terengganu.

Kemudian, rasa kagum itu akan hilang dan digantikan dengan perasaan seakan-akan "sesat". Setiap satu daripada 100 bilik adalah berbeza sama sekali, menjadikannya mustahil untuk menjejak semula perjalanan anda untuk pulang semula ke tempat yang anda mula-mula datang.

Lebih menarik lagi apabila Bill sendiri datang kepada anda untuk menerangkan secara terperinci mengenai setiap sudut dalam istana ini dengan penuh semangat. Jubin seramik hand cut dari Maghribi dan pelbagai jenis barangan antik gangsa tempatan - setiap ruang diberikan sentuhan yang amat teliti bagi mencipta satu seni bina paling indah yang pernah Sultan lihat sepanjang hidupnya.

Satu perkara yang sangat sukar untuk projek saya ini ialah mengambil gambar bilik-bilik yang luas seperti masjid peribadi di dalamnya dan juga dewan-dewan yang mempunyai ruangan yang sangat besar

 
Projek ini memberi saya pengalaman yang berbeza. Saya bukan sahaja perlu memikirkan bilik yang mana satu dari 100 bilik untuk saya tampilkan, tetapi juga bagaimana saya akan mengambil gambar tanpa sesat di dalam kawasan istana.

Ruangan-ruangan yang luas dalam istana ini adalah yang paling menarik sekali untuk saya rakamkan. Tetapi, ia juga yang paling mencabar untuk saya dapatkan kesemua pemandangan dalam satu lensa, diberikan betapa besar saiznya.

Walaupun ia adalah satu pengalaman yang benar-benar luar biasa, saya berasa seperti tidak mempunyai cukup masa untuk berlaku adil kepada istana agung ini


Begitu banyak butiran dan bilik yang dibiarkan, dan adalah menjadi harapan saya suatu hari nanti istana ini dibuka kepada umum supaya lebih ramai boleh menghargai keindahan dan keajaibannya.






SUMBER : SAYS
p7
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==
KODE IKLAN DFP 2