Bagi kebanyakan daripada kita, pasti akan menganggap bahawa terma ‘rumah bergerak’ ini jauh sekali daripada aspek kemewahan, apatah lagi keselesaan. Sebuah syarikat berpangkalan di Jerman walau bagaimanapun telah mengejutkan kita setelah membina sebuah rumah bergerak bernilai RM 71 Juta!
The Performance S merupakan model terbaru keluaran Volkner Mobil yang telah dilancarkan. Ia tidak ubah seperti berada di hotel 5 bintang terkemuka tetapi boleh bergerak.
Kenderaan anggun yang mempunyai ketinggiaan 40 kaki ini mengandungi sebuah katil bersaiz ‘queen’, dapur yang lengkap, ruang lounge yang agak luas dan sebuah bilik air yang lengkap dengan air panas. Apa yang menariknya, ia turut mengandungi sebuah garaj yang lengkap dengan lif elektrohidrolik yang boleh memuatkan pelbagai saiz kereta. Jadi, jika anda gemar melancong dengan memandu kereta dan tidak bersedia untuk meninggalkan keselesaan berada di rumah dan kereta Lamborghini anda, maka The Performance S merupakan pilihan terbaik buat anda. Mari kita lihat bahagian dalam rumah bergerak ini.
Inilah dia Volkner Mobil Performance S, rumah bergerak paling mewah yang pernah dilancarkan
Di sebalik kenderaan setinggi 40 kaki yang bernilai RM 71 Juta ini, anda akan dapat menikmati suasana seperti berada di hotel bergerak bertaraf 5 bintang
Ia dilengkapi dengan dapur …Katil yang selesa…
Bilik air yang lengkap dengan air panas…Dan yang paling menarik ialah, ia mempunyai lif elektrohidrolik yang boleh memuatkan kereta daripada Mercedes sehinggalah Ferrari
Tonton video bas yang mewah dan unik ini di bawah:
Sumber: Stefan Peine Via EraBaru
Selanjutnya Cerita Yang Mengenai Pendinding Yang Berada Di Stesen Minyak…
Doktor Bertemu PENDINDING Atas Tandas Petronas Yang Bakal MENGEJUTKAN Ramai ….
Pada suatu malam, aku berhenti di stesen pam minyak Petronas sebab tak tahan nak terkencing. Masa aku nak masuk tandas tu, ada seorang staff stesen pam minyak baru keluar dari kubikel tandas.
Doktor Bertemu PENDINDING Atas Tandas Petronas Yang Bakal MENGEJUTKAN Ramai ….
Pada suatu malam, aku berhenti di stesen pam minyak Petronas sebab tak tahan nak terkencing. Masa aku nak masuk tandas tu, ada seorang staff stesen pam minyak baru keluar dari kubikel tandas.
Semakin membuak-buak perasaan ingin tahu aku. Bermacam-macam teori berlegar dalam kepala. Berdebar jadinya. Usai selesai urusan di tandas, dalam perjalanan kembali ke kereta, aku terserempak sekali lagi dengan pakcik tadi.
“Pakcik! Kenapa ada grill kat atas kubikel tandas tu?” Tanya aku.
“Kan aku cakap pandang bawah! Pandang atas buat apa? Jatuh baru tahu! Lantai tandas tu licin, baru cuci. Sebab tu suruh kau pandang lantai.”
“Ooo..yeke. Bikin saspens la pakcik. Ingatkan ada benda-benda pelik. Eh! Tapi kenapa ada grill?”
“Betul kau nak tahu? Jangan beritahu orang lain tau,” bisiknya perlahan.
“OK, saya janji tak beritahu orang lain. Biar pecah di perut, jangan pecah di mulut!”
“OK, pinky swear?” katanya sambil menunjukkan jari kelingkingnya.
“OK! OK!” Aku kait jari kelingkingnya dengan jari kelingking aku. Rasa jangal pula, macam budak-budak sekolah.
“Macam ini… malam-malam, tandas tu, ada lembaga yang selalu sergah orang daripada atas. Sebab tu dia orang pasang grill. Grill tu bukan grill biasa, dah jampi dengan ayat pendinding sekali.”
“Biar betul, pakcik. Seram gila. Nasib dah settle urusan baru tahu!” Aku lepaskan tautan jari aku.
“Haa.. inilah perangai orang-orang kita. Cerita karut-marut, mudah je percaya. Orang jual racun sebagai ubat pun ada orang beli. Ingat orang tua je perangai macam tu, rupanya orang muda pun sama. Padanlah senang kena tipu dengan politician. Hampeh!“
Aduh, pedih. Malunya!
Lepas membebel tu, pakcik jalan ke arah sebuah kereta Mercedes CLS AMG dan dengan selamba masuk ke dalam perut kereta mewah tersebut. Enjin dihidupkan dan kereta itu beredar pergi.
Laaa… bukan staff pam minyak rupanya.
Pengajaran:
Jangan percaya benda yang karut-marut.
Jangan bersangka-sangka berdasarkan rupa.
Jangan degil, dengar nasihat orang tua.
Jangan ingat semua orang tua kolot. (Ada juga yang hip dan masih amalkan pinky swear. Haha!)
Apapun, tujuan jeriji besi tu dipasang di kubikel tandas masih menjadi misteri. Dr Kamarul Ariffin adalah seorang doktor perubatan rehabilitasi dan merupakan salah seorang ahli.
Sumber :Kisahmalaya Via Kakikitaiviral